Sunday, October 21, 2012

USTAZ PAHROL : DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT

Allah yang Maha Adil tidak mencipta dunia ini dengan serba adil untuk menguji manusia sejauh mana iman mereka kepada sifat keadilanNya! Agar dengan itu orang yang beriman rela ‘disusahkan’ kerana Allah dalam usahanya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Agar dengan itu, orang beriman akan berkata pada hatinya, “ wahai Tuhan, aku rela menerima kesusahan yang sementara dan sedikit di dunia yang serba tidak adil ini demi mendapat kesenangan yang abadi dan lebih baik di akhirat nanti!”
Sampai ke takah ini, sekiranya hati masih bertanya, “mengapa dunia ini tidak adil?” Jawabnya, “kerana Allah yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di akhirat.” Ya, keyakinan kepada Hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itulah erti keadilan. Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat:  Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat!

Thursday, March 29, 2012

Bahasa Cinta

Petikan dari Blog Ustaz Pahrol, yg sarat dengan ilmu utk kita renungkan dan hayati
 http://genta-rasa.com/

Apabila Allah inginkan kebaikan kepada sebuah rumah tangga, maka dberikannya kelembutan dalam interaksi dan komunikasi sesama anggotanya.
Itulah petanda yang sangat ketara dan dapat dirasai bukan sahaja oleh mereka tetapi bagi orang lain yang melihatnya.
Cinta dan kasih sayang umpama mentari, cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang punya mata. Bersyukur jika kelembutan itu ada dalam rumah tangga kita, kerana itu petanda kebaikan berada bersama kita. “Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka ia dijauhkan dari kebaikan.” (HR.Muslim)

Ah, betapa manusia semakin lupa bahawa sifat lemah-lembut itu bukan sahaja diperlukan di dunia, bahkan diperlukan di akhirat. Syurga itu disedikan untuk mereka yang lemah lembut dalam sikap dan tutur kata. Rasulullah saw telah bersabda: “Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.” (HR. Tirmidzi)

Wednesday, March 28, 2012

Terimalah Taubat Hambamu Ya Allah

Lirik lagu ini benar2 menyentuh hati dan mengajak diri mengakui kelemahan diri sebagai seorang yang bergelar insan...
Ya Allah..terimalah terimalah terimalah taubat hambamu..

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa…

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah Terimalah Terimalah ...
Taubatku ini…..

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

 Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah Terimalah Terimalah ...
Taubatku ini…..

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah Terimalah Terimalah ...
Taubatku ini…..

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah Terimalah Terimalah ...
Taubatku ini…..

Tuesday, March 27, 2012

Wednesday, March 21, 2012

Bersabarlah

Kebimbangan, keresahan & kesedihan merupakan bahagian yg terkecil dari ujian yg Allah berikan kepada anda saat ini. Jadi, bersyukurlah bila anda sedang resah & gelisah kerana Allah mengajarkan anda menjadi kuat & bersabar. ‘Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas’ (QS. az-Zumar : 10).
Mulakan Hari Anda Dengan Bismillah & Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW.